Jika salah seorang kalian saling bertempur, maka hindarilah bahagian muka

TEKS BAHASA ARAB

إذا قاتل أحدكم فليتجنب الوجه، فإنما صورة الإنسان على صورة وجه الرحمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang kalian saling bertempur, maka hindarilah bahagian muka. Kerana hanya sanya gambaran seorang insan itu adalah menurut gambaran wajah Yang Maha Pengasih.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451, hadis nombor 2416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «إذا قاتل أحدكم فليتجنب الوجه، فإنما صورة الإنسان على صورة وجه الرحمن». [ابن الإمام أحمد في «السنة»، ابن أبي عاصم، الدارقطني في «الصفات»، «الضعيفة» (1175)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Jika salah seorang kalian saling bertempur, maka hindarilah bahagian muka. Kerana hanya sanya gambaran seorang insan itu adalah menurut gambaran wajah Yang Maha Pengasih.” [Riwayat Ibn al-Imam Ahmad dalam al-Sunnah, Ibn Abu ‘Asim dan al-Daruqutni dalam al-Sifat. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 1175].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs