Jika salah seorang daripada kamu tiba dari permusafiran, maka janganlah dia masuk (rumah) pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

إذا ‌قدم أحدكم من سفر فلا يدخل ليلا، وليضع في خرجه ولو حجرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kamu tiba dari permusafiran, maka janganlah dia masuk (rumah) pada waktu malam dan letakkanlah (hadiah) di luar (rumah) walau pun sebiji batu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis nombor 5052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((‌إذا ‌قدم أحدكم من سفر فلا يدخل ليلا، وليضع في خرجه ولو حجرا)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (1437)]

(Palsu) Daripada Ibnu Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika salah seorang daripada kamu tiba dari permusafiran, maka janganlah dia masuk (rumah) pada waktu malam dan letakkanlah (hadiah) di luar (rumah) walau pun sebiji batu. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1437]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs