Jika salah seorang daripada kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sehingga dia mendirikan solat dua rakaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يركع ركعتين، وإذا دخل أحدكم بيته فلا يجلس حتى يركع ركعتين، فإن الله جاعل له من ركعتين في بيته خيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sehingga dia mendirikan solat dua rakaat (terlebih dahulu). Dan apabila sesiapa dari kamu memasuki rumahnya, maka janganlah dia duduk sehingga dia menunaikan solat dua rakaat. Kerana sesungguhnya Allah menjadikan setiap solat dua rakaat yang dia lakukan di rumahnya itu ada kebaikan buat dirinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 270, hadis nombor 1405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((‌إذا ‌دخل ‌أحدكم ‌المسجد ‌فلا ‌يجلس ‌حتى ‌يركع ‌ركعتين، ‌وإذا ‌دخل ‌أحدكم ‌بيته ‌فلا ‌يجلس ‌حتى ‌يركع ‌ركعتين، ‌فإن ‌الله ‌جاعل ‌له ‌من ‌ركعتيه ‌في ‌بيته ‌خيرا)).
[عق، الطرسوسي في " جزء من مسنده "، ((الضعيفة)) (‌‌2555)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika salah seorang daripada kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sehingga dia mendirikan solat dua rakaat (terlebih dahulu). Dan apabila sesiapa dari kamu memasuki rumahnya, maka janganlah dia duduk sehingga dia menunaikan solat dua rakaat. Kerana sesungguhnya Allah menjadikan setiap solat dua rakaat yang dia lakukan di rumahnya itu ada kebaikan buat dirinya.
[Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-’Uqaili, al-Tharsusi dalam Juzu’ daripada Musnad beliau’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2555]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.