Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا دخل أحدُكم المسجدَ فلا يَجْلِسْ حتى يَركعَ ركعتين، وإذا دخل أحدُكم بيتَه فلا يَجْلِسْ حتى يَركعَ ركعتين، فإن اللهَ جاعِلٌ له من ركعتين في بيتِه خيرًا.
Teks Bahasa Melayu
Jika salah seorang daripada kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sehingga dia mendirikan solat dua rakaat (terlebih dahulu). Dan apabila sesiapa dari kamu memasuki rumahnya, maka janganlah dia duduk sehingga dia menunaikan solat dua rakaat. Kerana sesungguhnya Allah menjadikan setiap solat dua rakaat yang dia lakukan di rumahnya itu ada kebaikan buat dirinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 270, hadis no. 1405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يركع ركعتين، وإذا دخل أحدكم بيته فلا يجلس حتى يركع ركعتين، فإن الله جاعل له من ركعتيه في بيته خيرا)). [عق، الطرسوسي في " جزء من مسنده "، ((الضعيفة)) (2555)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika salah seorang daripada kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sehingga dia mendirikan solat dua rakaat (terlebih dahulu). Dan apabila sesiapa dari kamu memasuki rumahnya, maka janganlah dia duduk sehingga dia menunaikan solat dua rakaat. Kerana sesungguhnya Allah menjadikan setiap solat dua rakaat yang dia lakukan di rumahnya itu ada kebaikan buat dirinya. [Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-’Uqaili, al-Tharsusi dalam Juzu’ daripada Musnad beliau’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2555]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman