Jika salah seorang daripada kamu melihat seorang hamba ditimpakan oleh Allah dengan kefakiran dan penyakit

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم العبد ألم الله به الفقر والمرض فإن الله يريد أن يصافيه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kamu melihat seorang hamba diuji oleh Allah dengan kefakiran dan penyakit, maka sesungguhnya Allah ingin membersihkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis nombor 8697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((إذا رأيتم العبد ألم الله به الفقر والمرض فإن الله يريد أن يصافيه)) [ فر، ((الضعيفة)) (2506)].

(Palsu)
Daripada Ali RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Jika salah seorang daripada kamu melihat seorang hamba diuji oleh Allah dengan kefakiran dan penyakit, maka sesungguhnya Allah ingin membersihkannya.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2506].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.