Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jika salah seorang daripada kamu didatangi makanan dan dia sedang berpuasa

Teks Bahasa Arab

إذا قُرِّبَ إلى أحدِكم طعامٌ وهو صائمٌ، فليقلْ: باسمِ اللهِ والحمدُ للهِ، اللهمَّ! لكَ صمتُ، وعلى رزقِكَ أفطرتُ، وعليكَ توكلتُ، سبحانَكَ وبحمدِك، تقبلْ مِنِّي، إنكَ أنتَ السميعُ العليمُ.

Teks Bahasa Melayu

Jika salah seorang daripada kamu didatangi makanan dan dia sedang berpuasa, maka bacalah: Dengan nama Allah, dan segala pujian bagi Allah. Ya Allah! Kerana-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka, dan ke atas-Mu aku bertawakkal. Maha Suci Engkau dan segala puji untuk-Mu, terimalah dariku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1572, hadis no. 7959. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس-رضي الله عنه- قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إذا قرب إلى أحدكم طعام وهو صائم؛ فليقل: باسم الله، والحمد لله، اللهم! لك صمت، وعلى رزقك أفطرت، وعليك توكلت، سبحانك وبحمدك، تقبله مني، إنك أنت السميع العليم)). [الشجري، ((الضعيفة)) (6996)].

(Sangat munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: baginda SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kamu didatangi makanan dan dia sedang berpuasa, maka bacalah: Dengan nama Allah, dan segala pujian bagi Allah, Ya Allah! Kerana-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka, dan ke atas-Mu aku bertawakkal. Maha Suci Engkau dan segala puji untuk-Mu, terimalah dariku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Riwayat al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6996].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.