Jika salah seorang daripada kalian tiba daripada permusafiran, maka berikanlah hadiah kepada ahli keluarganya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا ‌قدم أحدكم من سفر فليهد إلى أهله، وليطرفهم ولو كانت حجارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kalian tiba daripada permusafiran, maka berikanlah hadiah kepada ahli keluarganya dan gembirakanlah mereka walaupun dengan sebiji batu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis nombor 5051. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم- قال: ((‌إذا ‌قدم أحدكم من سفر فليهد إلى أهله، وليطرفهم ولو كانت حجارة)). [قط، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (1436)]

(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian tiba daripada permusafiran, maka berikanlah hadiah kepada ahli keluarganya dan gembirakanlah mereka walaupun dengan sebiji batu. [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam Sunannya, dan Ibnu Jauzi dalam al-Wahiyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1436]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.