Jika salah seorang daripada kalian memiliki tiang ini, pasti dia benci jika ia dipotong

TEKS BAHASA ARAB

لو كان لأحدكم هذه السارية؛ لكره أن تجدع، كيف يعمد أحدكم فيجدع صلاته التي هي لله؟! أتموا صلاتكم؛ فإن الله لا يقبل إلا تاما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kalian memiliki tiang ini, pasti dia benci jika ia dipotong. Bagaimana seseorang daripada kalian sengaja untuk memotong solatnya yang merupakan milik Allah? Sempurnakanlah solat kalian, kerana sesungguhnya Allah hanya menerima yang sempurna.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 310, hadis nombor 1632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لو كان لأحدكم هذه السارية؛ لكره أن تجدع، كيف يعمد أحدكم فيجدع صلاته التي هي لله؟! أتموا صلاتكم؛ فإن الله لا يقبل إلا تامًا)). [طس، ((الضعيفة)) (5282)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika salah seorang daripada kalian memiliki tiang ini, pasti dia benci jika ia dipotong. Bagaimana seseorang daripada kalian sengaja untuk memotong solatnya yang merupakan milik Allah? Sempurnakanlah solat kalian, kerana sesungguhnya Allah hanya menerima yang sempurna.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5282].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs