Jika salah seorang daripada kalian memelihara anak anjing

TEKS BAHASA ARAB

 لَوْ يُرَبِّي أَحَدُكُمْ بَعْدَ السِّتِيْنَ وَمِئَةٍ جَرْوَ كَلْبٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يُرَبِّيَ وَلِدًا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selepas 160 tahun, jika salah seorang daripada kalian memelihara anak anjing itu lebih baik daripada memelihara seorang anak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Hadis yang menyebut tentang celaan kepada anak-anak adalah palsu daripada awal sehingga akhirnya. Seperti hadis:
لَوْ يُرَبِّي أَحَدُكُمْ بَعْدَ السِّتِيْنَ وَمِئَةٍ جَرْوَ كَلْبٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يُرَبِّيَ وَلِدًا
“Selepas 160 tahun, jika salah seorang daripada kalian memelihara anak anjing itu lebih baik daripada memelihara seorang anak.”
————————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Tamam di dalam Fawaidnya (no 1717). Di dalam kitabnya menyebut selepas 154 tahun, at-Tabrani dalam al-Kabir (10/249), al-‘Uqaili di dalam adh-Dhu’afa (2/69), Ibnu Hibban di dalam al-Majruhin (1/249) dan al-Hakim di dalam Tarikh Nisabur seperti yang dinukilkan di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 134), bahawa hadis ini adalah maudhu’ (palsu).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon