Jika salah seorang daripada kalian mahu bermusafir, maka ucapkanlah salam

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد أحد منكم سفرا، فليسلم على إخوانه، فإنهم يزيدونه بدعائهم إلى دعائه خيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kalian mahu bermusafir, maka ucapkanlah salam kepada saudara-saudaranya, hal demikian kerana mereka (saudara-saudara itu) akan dapat menambahkan kebaikan dengan doa-doa mereka kepada doanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 983, hadis nombor 5066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا ‌أراد ‌أحد منكم سفرا، فليسلم على إخوانه، فإنهم يزيدونه بدعائهم إلى دعائه خيرا)). [طس، ع، السلمي في ((آداب الصحبة))، ((الضعيفة)) (2214)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW, ((Jika salah seorang daripada kalian mahu bermusafir, maka ucapkanlah salam kepada saudara-saudaranya, hal demikian kerana mereka (saudara-saudara itu) akan dapat menambahkan kebaikan dengan doa-doa mereka kepada doanya)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam a-Awsath, Abu Ya’la, dam al-Sulami dalam Adab al-Suhbah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.2214]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs