Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jika salah seorang daripada kalian mahu bermusafir

Teks Bahasa Arab

إذا أراد أَحَدٌ منكم سَفَرًا ، فَلْيُسَلِّمْ على إخوانِه ، فإنهم يَزيدونَه بِدُعائِهم إلى دعائِه خيرًا.

Teks Bahasa Melayu

Jika salah seorang daripada kalian mahu bermusafir, maka berilah salam kepada sanak saudaranya, kerana sesungguhnya mereka menambahkan untuknya dengan doa mereka kebaikan kepada doanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 983, hadis no. 5066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا ‌أراد ‌أحد منكم سفرا؛ فليسلم على إخوانه، فإنهم يزيدونه بدعائهم إلى دعائه خيرا)). [طس، ع، السلمي في ((آداب الصحبة))، ((الضعيفة)) (2214)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW, ((jika salah seorang daripada kalian mahu bermusafir, maka berilah salam kepada sanak saudaranya, kerana sesungguhnya mereka menambahkan untuknya dengan doa mereka kebaikan kepada doanya.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam a-Awsath, Musnad Abi Ya’ala, dam al-Sulami dalam Adab al-Suhbah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2214]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.