Jika salah seorang daripada kalian hilang sesuatu

TEKS BAHASA ARAB

إذا أضل أحدكم شيئا، أو أراد أحدكم غوثا، وهو بأرض ليس بها أنيس فليقل: يا عباد الله ‌أغيثوني، يا عباد الله ‌أغيثوني، فإن لله عبادا لا نراهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kalian hilang sesuatu atau salah seorang daripada kamu inginkan bantuan, sedangkan dia berada di tempat yang tiada manusia, maka hendaklah dia berkata: “Wahai hamba-hamba Allah, bantulah aku. Wahai hamba-hamba Allah, bantulah aku" kerana sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang kita tidak dapat melihat mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis nombor 5033. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عتبة بن غزوان عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا أضل أحدكم شيئا، أو أراد أحدكم غوثا، وهو بأرض ليس بها أنيس فليقل: يا عباد الله ‌أغيثوني، يا عباد الله ‌أغيثوني، فإن لله عبادا لا نراهم)). [طب، ((الضعيفة)) (656)]

(Lemah) Daripada ‘Utbah bin Ghazwan daripada Nabi SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian hilang sesuatu atau salah seorang daripada kamu inginkan bantuan, sedangkan dia berada di tempat yang tiada manusia, maka hendaklah dia berkata: “Wahai hamba-hamba Allah, bantulah aku. Wahai hamba-hamba Allah, bantulah aku" kerana sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang kita tidak dapat melihat mereka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 656]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs