Jika salah seorang dari kamu berihram, maka aminkanlah doanya kerana ia adalah doa yang mustajab

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا أحرم أحدكم فليؤمن على دعائه فإن دعاءه مستجاب.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika salah seorang dari kamu berihram, maka aminkanlah doanya kerana ia adalah doa yang mustajab.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 109, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في الذيل: فيه كذاب ومجروحان.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: Padanya terdapat perawi yang berdusta dan dua perawi yang dikritik.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs