Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jika salah seorang dari kamu berihram, maka aminkanlah doanya kerana ia adalah doa yang mustajab

Teks Bahasa Arab

حديث: إذا أحرم أحدكم فليؤمن على دعائه فإن دعاءه مستجاب.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jika salah seorang dari kamu berihram, maka aminkanlah doanya kerana ia adalah doa yang mustajab

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 109, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: فيه كذاب ومجروحان.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: padanya terdapat perawi yang berdusta dan dua perawi yang dikritik.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.