Jika salah seorang dari kalian memelihara seekor anak anjing selepas 160 tahun

TEKS BAHASA ARAB

لو يربي أحدكم بعد سنة ستين ومائة جرو كلب خير له من أن يربي ولدا لصلبه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang dari kalian memelihara seekor anak anjing selepas 160 tahun lebih berbanding memelihara seorang anak kandungnya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 253, hadis nombor 196. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه ابن حبان في المجروحين (1/ 249) من طريق الحكم بن مصعب عن محمد بن علي عن أبيه عن جده عن ابن عباس مرفوعا به. قال ابن حبان: لا أصل له والحكم ينفرد بأشياء لا ينكر نفي صحتها من عنى بهذا الشأن، لا يحل الاحتجاج به ولا الرواية عنه على سبيل الاعتبار . أهـ‍.
فمما يتعجب منه أن ابن حبان ذكره في الثقات.

Batil. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/249) melalui sanad al-Hakam bin Mus’ab daripada Muhammad bin ‘Ali daripada ayahnya daripada datuknya daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’. Ibn Hibban berkata: "Tidak ada asalnya .Al-Hakam bersendirian meriwayatkan beberapa hadith yang tidak boleh dipertikaikan lagi kelemahannya bagi sesiapa yang mendalami ilmu ini. Tidak halal berhujjah dengan riwayatnya dan tidak halal meriwayatkan daripada beliau untuk tujuan sokongan". Peliknya, Ibn Hibban menyebutkan beliau dalam kitab al-Thiqat. Lihat al-Mawdhu’at (2/279), Tanzih al-Shari’ah (2/211), al-Fawaid al-Majmu’ah (134) dan Majma’ al-Zawaid (4/257).

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs