Jika salah seorang dari kalian masuk ke rumahnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا دخل أحدكم بيته فلا يجلس حتى يركع ركعتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang dari kalian masuk ke rumahnya, jangan duduk sehingga dia solat dua rakaat.

STATUS

Terdapat riwayat sokongan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الوجيز أبو هريرة «إذا دخل أحدكم بيته فلا يجلس حتى يركع ركعتين. فيه إبراهيم ابن يزيد روى عن الأوزاعي مناكير وهذا منها، قلت فرق بين المنكر والموضوع وله شاهد عنه بطريق آخر، إذا خرجت من منزلك فصل ركعتين تمنعانك مدخل السوء. ورجاله موثوقون كذا قيل وأقره ابن حجر فهو حسن، وشاهد آخر بلفظ صلاة الأولين وصلاة الأبرار ركعتان إذا دخلت بيتك وركعتان إذا خرجت.

Di dalam kitab al-Wajiz menyebut: Daripada Abu Hurairah:
“Jika salah seorang dari kalian masuk ke rumahnya, jangan duduk sehingga dia solat dua rakaat.”
Di dalam sanad hadith ini terdapat Ibrahim Bin Yazid. Beliau meriwayatkan daripada al-Auza’i banyak hadith yang munkar. Hadith ini adalah salah satu daripadanya. Aku katakan: Ada perbezaan di antara hadith munkar dan palsu. Hadith ini mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Abu Hurairah dengan jalur yang lain iaitu:
“Jika engkau keluar dari rumah engkau, maka solatlah dua rakaat. Ia akan menghalang engkau dari segala pintu kejahatan.”
Kesemua perawinya adalah thiqah. Begitu juga yang telah disebutkan. Ibn Hajar mengakui bahawa hadith ini adalah hadith hasan. Ada juga syahid yang lain dengan lafaz:
“Solat orang terdahulu dan golongan al-Abrar adalah solat dua rakaat jika engkau masuk ke dalam rumah dan ketika keluar dari rumah.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs