Terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ بَيْتَهُ فَلا يجلس حَتَّى يرْكَع رَكْعَتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika salah seorang dari kalian masuk ke rumahnya, jangan duduk sehingga dia solat dua rakaat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Di dalam kitab al-Wajiz menyebut: Daripada Abu Hurairah: “Jika salah seorang dari kalian masuk ke rumahnya, jangan duduk sehingga dia solat dua rakaat.” Di dalam sanad hadith ini terdapat Ibrahim Bin Yazid. Beliau meriwayatkan daripada al-Auza’i banyak hadith yang munkar. Hadith ini adalah salah satu daripadanya. Aku katakan: Ada perbezaan di antara hadith munkar dan palsu. Hadith ini mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Abu Hurairah dengan jalur yang lain iaitu: “Jika engkau keluar dari rumah engkau, maka solatlah dua rakaat. Ia akan menghalang engkau dari segala pintu kejahatan.” Kesemua perawinya adalah thiqah. Begitu juga yang telah disebutkan. Ibn Hajar mengakui bahawa hadith ini adalah hadith hasan. Ada juga syahid yang lain dengan lafaz: “Solat orang terdahulu dan golongan al-Abrar adalah solat dua rakaat jika engkau masuk ke dalam rumah dan ketika keluar dari rumah.”
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman