Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا كَتَبَ أَحَدُكُمْ فَلا يَكْتُبْ عَلَيْهِ بَلَغَ فَإِنَّهُ اسْمُ شَيْطَانٍ وَلَكِنْ يَكْتُبُ عَلَيْهِ لِلَّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika salah seorang dalam kalangan kalian menulis, janganlah dia tulis padanya balagh. Kerana sesungguhnya ia adalah nama syaitan. Akan tetapi hendaklah dia tulis padanya Lillah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فِي اللآلئ «إِذَا كَتَبَ أَحَدُكُمْ فَلا يَكْتُبْ عَلَيْهِ بَلَغَ فَإِنَّهُ اسْمُ شَيْطَانٍ وَلَكِنْ يَكْتُبُ عَلَيْهِ لِلَّهِ» مَوْضُوعٌ.
Dalam kitab al-La’ali’: “Jika salah seorang dalam kalangan kalian menulis, janganlah dia tulis padanya balagh. Kerana sesungguhnya ia adalah nama syaitan. Akan tetapi hendaklah dia tulis padanya Lillah.” Ia merupakan hadis yang palsu.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman