Jika salah seorang dalam kalangan kalian meletakkan tanah di dalam mulutnya

TEKS BAHASA ARAB

لأن يجعل أحدكم في فيه ترابا؛ خير له من أن يجعل في فيه ما حرم الله عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang dalam kalangan kalian meletakkan tanah di dalam mulutnya lebih baik daripada dia meletakkan sesuatu di dalam mulutnya yang Allah telah haramkan ke atasnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis nombor 4134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لأن يجعل أحدكم في فيه ترابا؛ خير له من أن يجعل في فيه ما حرم الله عليه)). [حم، هب، ابن أبي الدنيا في ((الورع))، ((الضعيفة)) (5172)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika salah seorang dalam kalangan kalian meletakkan tanah di dalam mulutnya lebih baik daripada dia meletakkan sesuatu di dalam mulutnya yang Allah telah haramkan ke atasnya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Wara‘. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5172]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs