Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَأَنْ يَجْعَلَ أحدُكم في فِيهِ ترابًا؛ خيرٌ له من أن يَجْعَلَ في فِيهِ ما حرم اللهُ عليه.
Teks Bahasa Melayu
Jika salah seorang dalam kalangan kalian meletakkan tanah di dalam mulutnya lebih baik daripada dia meletakkan sesuatu di dalam mulutnya yang Allah telah haramkan ke atasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis no. 4134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لأن يجعل أحدكم في فيه ترابا؛ خير له من أن يجعل في فيه ما حرم الله عليه)). [حم، هب، ابن أبي الدنيا في ((الورع))، ((الضعيفة)) (5172)]
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika salah seorang dalam kalangan kalian meletakkan tanah di dalam mulutnya lebih baik daripada dia meletakkan sesuatu di dalam mulutnya yang Allah telah haramkan ke atasnya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Wara‘. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5172]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman