TEKS BAHASA ARAB
كان إذا خطب، فرد؛ لم يعد، فخطب امرأة، فقالت: استأمر أبي، فلقيت أباها، فأذن لها، فلقيت رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فقالت له، فقال: ((قد التحفنا لحافا غيرك)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika Rasulullah telah meminang maka baginda akan pulang, (tetapi) baginda belum pulang kerana meminang seorang wanita. Wanita tersebut berkata: “Aku ingin berbincang dengan ayahku”. Lalu dia pun bertemu ayahnya serta mendapat keizinan daripadanya, kemudian dia bertemu Rasulullah SAW semula dan baginda bersabda; “Sungguh kita telah berselindung di sebalik selimut orang lain”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 927, hadis nombor 4764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن مجاهد، قال: كان إذا خطب، فرد؛ لم يعد، فخطب امرأة، فقالت: استأمر أبي، فلقيت أباها، فأذن لها، فلقيت رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فقالت له، فقال: ((قد التحفنا لحافا غيرك)).
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (2147)].
(Palsu)
Diriwayatkan daripada Mujahid, berkata: Jika Rasulullah telah meminang maka baginda akan pulang, (tetapi) baginda belum pulang kerana meminang seorang wanita. Wanita tersebut berkata: “Aku ingin berbincang dengan ayahku”. Lalu dia pun bertemu ayahnya serta mendapat keizinan daripadanya, kemudian dia bertemu Rasulullah SAW semula dan baginda bersabda; “Sungguh kita telah berselindung di sebalik selimut orang lain”.
[Riwayat Ibn Saad. Lihat Silsilah al- Da’ifah, no. 2147].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.