Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا خطب فرُدَّ لم يَعُدْ، فخطب امرأةً، فقالت: أَسْتَأْمِرُ أبي فلَقِيَتْ أباها، فأَذِنَ لها، فلَقِيَتْ -رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم- فقالت له فقال: قد التَحَفْنَا لِحَافًا غَيْرَكِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Rasulullah telah meminang maka baginda akan pulang, (tetapi) baginda belum pulang kerana meminang seorang wanita. Wanita tersebut berkata: “Aku ingin berbincang dengan ayahku”. Lalu dia pun bertemu ayahnya serta mendapat keizinan daripadanya, kemudian dia bertemu Rasulullah SAW semula dan baginda bersabda; “Sungguh kita telah berselindung di sebalik selimut orang lain”.
Sahabat Perawi
- Mujahid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 927, hadis no. 4764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن مجاهد، قال: كان إذا خطب، فرد؛ لم يعد، فخطب امرأة، فقالت: استأمر أبي، فلقيت أباها، فأذن لها، فلقيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم-، فقالت له، فقال: قد التحفنا لحافا غيرك. [ابن سعد، الضعيفة (2147)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Mujahid, berkata: Jika Rasulullah telah meminang maka baginda akan pulang, (tetapi) baginda belum pulang kerana meminang seorang wanita. Wanita tersebut berkata: “Aku ingin berbincang dengan ayahku”. Lalu dia pun bertemu ayahnya serta mendapat keizinan daripadanya, kemudian dia bertemu Rasulullah SAW semula dan baginda bersabda; “Sungguh kita telah berselindung di sebalik selimut orang lain”. [Riwayat Ibn Saad. Lihat Silsilah al- Da’ifah, no. 2147].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman