Jika (Rasulullah SAW) tidak sempat mengerjakan empat raka'at (solat sunat) sebelum Zohor

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا فاتته الأربع قبل الظهر؛ صلاها بعد الركعتين بعد الظهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika (Rasulullah SAW) tidak sempat mengerjakan empat raka’at (solat sunat) sebelum Zohor, baginda akan melakukannya setelah solat dua rakaat ba’diyah (selepas) Zohor.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 292, hadis nombor 1533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن عائشة -رضي الله عنها – مرفوعا: «كان إذا فاتته الأربع قبل الظهر، صلاها بعد الركعتين بعد الظهر».
[ه، عد، تمام، «الضعيفة» (4208)]

(Munkar) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika (Rasulullah SAW) tidak sempat mengerjakan empat raka’at (solat sunat) sebelum Zohor, baginda akan melakukannya setelah solat dua rakaat ba’diyah (selepas) Zohor.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, Tammam. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 4208]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.