Jika Rasulullah SAW perasan akan ketiadaan seorang sahabatnya selama tiga hari, Baginda akan bertanya tentangnya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا فقد الرجل من إخوانه ثلاثة أيام سأل عنه فإن كان غائبا دعا له وإن كان شاهدا زاره وإن كان مريضا عاده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Rasulullah SAW perasan akan ketiadaan seorang sahabatnya selama tiga hari, baginda akan bertanya tentangnya. Jika dia tiada di Madinah, baginda akan mendoakannya. Jika dia ada, baginda akan menziarahinya. Jika dia sakit, nescaya baginda akan melawatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1040, hadis nombor 5320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: كان إذا فقد الرجل من إخوانه ثلاثة أيام سأل عنه فإن كان غائبا دعا له وإن كان شاهدا زاره وإن كان مريضا عاده. [أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، الضعيفة (1389)]

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau menceritakan: Jika Rasulullah SAW perasan akan ketiadaan seorang sahabatnya selama tiga hari, baginda akan bertanya tentangnya. Jika dia tiada di Madinah, baginda akan mendoakannya. Jika dia ada, baginda akan menziarahinya. Jika dia sakit, nescaya baginda akan melawatinya. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi ﷺ. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1389]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs