Jika penghuni syurga saling berjual beli

TEKS BAHASA ARAB

لو تبايع أهل الجنة -ولن يتبايعوا- ما تبايعوا إلا ‌بالبز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika penghuni syurga saling berjual beli – mereka tidak sesekali berjual beli pun (di sana) – mereka tidak akan berjual beli kecuali dengan kain kapas.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 591, hadis nombor 3040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي بكر الصديق –رضي الله عنه– رفعه: ((لو تبايع أهل الجنة -ولن يتبايعوا- ما تبايعوا إلا ‌بالبز)). [عق، ع، ((الضعيفة)) (390)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Jika penghuni syurga saling berjual beli – mereka tidak sesekali berjual beli pun (di sana) – mereka tidak akan berjual beli kecuali dengan kain kapas. [Riwayat oleh al-Uqaili dalam kitab al-Ḍu’afa’ al-Kabir, Riwayat Abi Ya'la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 390].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs