Jika pengantin perempuan memasuki rumahmu maka tanggalkanlah kedua seliparnya saat dia duduk, basuhlah kedua kakinya dan tuanglah air dari pintu rumahmu hingga ke hujung rumah

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! إذا دخلت العروس بيتك فاخلع خفيها حين تجلس، واغسل رجليها، وصب الماء من باب دارك إلى أقصى دارك، فإنك إذا فعلت ذلك أخرج الله من دارك سبعين لوناً من الفقر، وأدخل فيها سبعين لوناً من البركة، وأنزل سبعين رحمة ترفرف على رأس العروس، ثثناثر بركتها كل زاوية من بيتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Jika pengantin perempuan memasuki rumahmu maka tanggalkanlah kedua seliparnya saat dia duduk, basuhlah kedua kakinya dan tuanglah air dari pintu rumahmu hingga ke hujung rumah. Sesungguhnya jika kau melakukan itu, nescaya Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefakiran dari rumahmu dan memasukkan ke dalamnya tujuh puluh jenis keberkatan. Kemudian, Allah menurunkan tujuh puluh rahmat yang bersayap di atas kepala pengantin serta menaburkan keberkatannya ke seluruh penjuru rumah itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 937, hadis nombor 4823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: أوصى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – علي بن أبي طالب فقال: ((يا علي! إذا دخلت العروس بيتك فاخلع خفيها حين تجلس، واغسل رجليها، وصب الماء من باب دارك إلى أقصى دارك، فإنك إذا فعلت ذلك أخرج الله من دارك سبعين لوناً من الفقر، وأدخل فيها سبعين لوناً من البركة، وأنزل سبعين رحمة ترفرف على رأس العروس، ثثناثر بركتها كل زاوية من بيتك)) . وللحديث بقية.
[الرافعي، ((الضعيفة)) (3305)].

(Palsu)
Daripada Abi Said al-Khudri RA, berkata: Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada Ali bin Abi Talib, dengan bersabda: “Wahai Ali! Jika pengantin perempuan memasuki rumahmu maka tanggalkanlah kedua seliparnya saat dia duduk, basuhlah kedua kakinya dan tuanglah air dari pintu rumahmu hingga ke hujung rumah. Sesungguhnya jika kau melakukan itu, nescaya Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefakiran dari rumahmu dan memasukkan ke dalamnya tujuh puluh jenis keberkatan. Kemudian, Allah menurunkan tujuh puluh rahmat yang bersayap di atas kepala pengantin serta menaburkan keberkatannya ke seluruh penjuru rumah itu."
[Riwayat al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3305].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs