Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كانَ يومُ القيامةِ يجاءُ بالأعمالِ في صُحُفٍ مختَّمةٍ فيقولُ اللهُ - عز وجل -: اقبَلوا هذا ورُدُّوا هذا، فتقولُ الملائكةُ: وعزَّتكَ ما كتَبنا إلَّا ما عمِلَ، فيقولُ: صدَقتُم إنَّ عملَه كانَ لغَيرِ وجهي، وإنِّي لا أقبلُ اليومَ إلَّا ما كانَ لوَجهي.
Teks Bahasa Melayu
Jika pada hari Kiamat datang amalan yang tercatat dalam suratan amal, maka Allah SWT akan berkata: Terimalah ini dan tolaklah ini. Para malaikat lantas berkata: Demi kemuliaan-Mu wahai Allah, tidaklah kami tulis melainkan apa yang dia kerjakan. Allah membalas: Benarlah apa yang kamu katakan. Sesungguhnya amalanya bukan kerana-Ku, dan sesungguhnya Aku tidak akan menerima amalan melainkan apa yang dikerjakan kerana-Ku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2005, hadis no. 10056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه - مرفوعاً: إذا كان يوم القيامة يجاء بالأعمال في صحف مختمة فيقول الله - عز وجل -: اقبلوا هذا وردوا هذا، فتقول الملائكة: وعزتك ما كتبنا إلا ما عمل، فيقول: صدقتم إن عمله كان لغير وجهي، وإني لا أقبل اليوم إلا ما كان لوجهي. [السلفي في ((المعجم القراء))، ((الضعيفة)) (2672]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA -diriwayat secara marfu'-: Jika pada hari Kiamat datang amalan yang tercatat dalam suratan amal, maka Allah SWT akan berkata: Terimalah ini dan tolaklah ini. Para malaikat lantas berkata: Demi kemuliaan-Mu wahai Allah, tidaklah kami tulis melainkan apa yang dia kerjakan. Allah membalas: Benarlah apa yang kamu katakan. Sesungguhnya amalanya bukan kerana-Ku, dan sesungguhnya Aku tidak akan menerima amalan melainkan apa yang dikerjakan kerana-Ku. [Riwayat al-Silafi dalam Mu'jam al-Safari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2672]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman