TEKS BAHASA ARAB
حديث: "لو صدق المساكين ما أفلح من ردهم".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jika orang miskin benar, maka tidak berjaya sesiapa yang menolak mereka.
STATUS
Tidak sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 64, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن ابن عمرو وقال: لا يصح عبد الأعلى بن حسين بن ذكوان المعلم منكر الحديث.
قال في اللسان: وثقه ابن حبان.
وقد رواه ابن عدي من حديث أبي أمامة بإسناد فيه متروكان.
وقد أخرجه أيضا الطبراني من طريق أخرى.
ورواه العقيلي عن عائشة وقال: عبد الله بن عبد الملك: منكر الحديث.
ورواه البيهقي في الشعب ورواه العقيلي أيضا عن أنس بإسناد فيه بشر ابن الحسين الأصبهاني قال البخاري: فيه نظر.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Ibn ‘Amr dan beliau berkata: Tidak sahih, Abd al-A’ala bin Husain bin Zakwan al-Mualim adalah seorang yang dihukumkan sebagai munkar al-hadith.
Ibn Hajar berkata dalam kitabnya al-Lisan: Ibn Hibban menghukumkannya sebagai thiqah.
Ibn Adi meriwayatkan dari hadith Abu Umamah dengan sanad padanya terdapat dua orang perawi yang dihukumkan sebagai matruk.
Al-Tabarani meriwayatkannya daripada jalan yang lain.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Aisyah dan beliau berkata: Abdullah bin Abdil Malik adalah perawi yang dihukumkan sebagai munkar al-hadith.
Al-Baihaqi turut meriwayatkan di dalam kitabnya al-Syuab dan al-Uqaili juga meriwayatkan daripada Anas dengan sanad yang terdapat padanya perawi bernama Bisyr Ibn al-Husain al-Asbahani, Al-Bukhari berkata: Dipertikaikan.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.