Jika nasi itu adalah seorang lelaki sudah tentulah dia itu seorang yang penyantun

TEKS BAHASA ARAB

لو كان الأرز رجلا لكان حليما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika nasi itu adalah seorang lelaki sudah tentulah dia itu seorang yang penyantun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 90, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كحديث: "لو كان الأرز رجلا لكان حليما".
قال ابن القيم: إنه باطل ولا يصح.

Umpama hadis: "Jika nasi itu adalah seorang lelaki sudah tentulah dia itu seorang yang penyantun."
Ibn al-Qayyim telah berkata: Sesungguhnya ia adalah batil dan tidak sahih.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs