Jika Nabi SAW masuk ke dalam masjid, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل المسجد قال: باسم الله، اللهم صل على محمد. وإذا خرج قال: باسم الله اللهم صلِّ على محمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Nabi SAW masuk ke dalam masjid, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad. Apabila Baginda keluar, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1116, hadis nombor 5642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكرالبسملة) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: كان إذا دخل المسجد قال: باسم الله، اللهم! صل على محمد. وإذا خرج قال: باسم الله، اللهم صلِّ على محمد. [ابن السني، الضعيفة (6953)].

(Munkar dengan sebutan bismillah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata : Jika Nabi SAW masuk ke dalam masjid, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad. Apabila Baginda keluar, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad. [Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6953].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.