Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ، قَالَ: بِاسْمِ اللهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ. وَإِذَا خَرَجَ قَالَ: بِاسْمِ اللهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Nabi SAW masuk ke dalam masjid, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad. Apabila Baginda keluar, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1116, hadis no. 5642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكرالبسملة) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: كان إذا دخل المسجد قال: باسم الله، اللهم! صل على محمد. وإذا خرج قال: باسم الله، اللهم صلِّ على محمد. [ابن السني، الضعيفة (6953)].
(Munkar dengan sebutan bismillah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata : Jika Nabi SAW masuk ke dalam masjid, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad. Apabila Baginda keluar, Baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad. [Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6953].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman