Jika Nabi SAW dihulurkan kepada Baginda bekas pewangi, Baginda akan menjilatnya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أتي بمدهن الطيب لعق منه ثم ادهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Nabi SAW dihulurkan kepada Baginda bekas pewangi, Baginda akan menjilatnya kemudian Baginda akan menggunakannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1115, hadis nombor 5637. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحكم بن عبد الله الأيلي قال: قدم سليمان بن عبد الملك المدينة فدخل عليه القاسم وسالم ابن عبد الله قال: وإذا سالم أحسنهما كِدنة. فقال: يا أبا عمر ما طعامك؟ قال: الخبز والزيت. قال: وتشتهيه؟ قال: أدعه حتى أشتهيه. قال: ثم دعا لهما بـ غالية وجاءت جارية وضيئة الوجه مديدة القامة فذهبت تغلفهما فقال: تنحي عنا. ثم تناولا المدهن فلعقا منه ثم ادهنا ثم قالا: كان إذا أُتي بمدهنِ الطيب لعق منه ثم ادهن. [ابن عساكر، الضعيفة 6632)].

(Palsu) Daripada al-Hakam bin ‘Abdillah al-Ayli, beliau menceritakan : Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengunjungi kota Madinah, maka al-Qasim dan Salim bin ‘Abdullah bertemu dengannya. Salim lebih berisi daripada berbanding al-Qasim. Sulaiman bertanya : Wahai Abu ‘Umar, apakah makanan yang kamu makan? Beliau menjawab: Roti dan minyak. Sulaiman bertanya lagi: Kamu suka makanan itu?. Beliau menjawab: Aku tidak makan, sehinggalah aku mahu. Sulaiman kemudian menghidangkan Ghaliah (sejenis pewangi) untuknya, maka datang hamba wanita berwajah cerah dan berbadan lampai. Dia menyediakan pewangi mereka berdua. Sulaiman berkata: Jauhi kami. Kemudian Salim dan al-Qasim mengambil alat pewangi, mereka berdua menjilatnya sebelum menggunakannya. Mereka berdua berkata: Jika Nabi SAW dihulurkan kepada Baginda bekas pewangi, Baginda akan menjilatnya kemudian Baginda akan menggunakannya. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6632]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs