Jika Nabi SAW berjunub, Baginda akan bermandi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يجنب فيغتسل، ثم يستدفئ بي قبل أن أغتسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Nabi SAW berjunub, Baginda akan bermandi. Selepas itu, Baginda akan memanaskan badan denganku sebelum saya bermandi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1077, hadis nombor 5492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان يُجْنِبُ فيغتَسِلُ ثم يَسْتَدْفِئ بي قبلىَ أَنْ أغتَسِلَ. [علي بن الجعد في مسنده، الضعيفة (5657)]

(Lemah) Daripada ‘A’ishah ra, beliau menceritakan: Jika Nabi SAW berjunub, Baginda akan bermandi. Selepas itu, Baginda akan memanaskan badan denganku sebelum saya bermandi. [Riwayat ‘Ali bin al-Ja‘d dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5657]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.