Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يُجنبُ، فيغتسلُ ثم يستدفئُ بي قبل أن أغتسلَ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Nabi SAW berjunub, Baginda akan bermandi. Selepas itu, Baginda akan memanaskan badan denganku sebelum saya bermandi.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1077, hadis no. 5492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان يُجْنِبُ فيغتَسِلُ ثم يَسْتَدْفِئ بي قبلىَ أَنْ أغتَسِلَ. [علي بن الجعد في مسنده، الضعيفة (5657)]
(Lemah) Daripada ‘A’ishah ra, beliau menceritakan: Jika Nabi SAW berjunub, Baginda akan bermandi. Selepas itu, Baginda akan memanaskan badan denganku sebelum saya bermandi. [Riwayat ‘Ali bin al-Ja‘d dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5657]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman