Jika Nabi Ibrahim masih hidup, sudah pasti jizyah akan digugurkan dari setiap orang Qibti

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لوعاش إبراهيم، لوضعت الجزية عن ‌كل ‌قبطي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Nabi Ibrahim masih hidup, sudah pasti jizyah akan digugurkan dari setiap orang Qibti.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 784, hadis nombor 4027. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عبد الله بن أبي بكر بن محمد بن عمروبن حزم يحدث عمي – يعني الزهري – قال: لوعاش إبراهيم، لوضعت الجزية عن ‌كل ‌قبطي. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2293)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Abi Bakr bin Muhammad bin Amru bin Hazm secara marfu’: “Jika Nabi Ibrahim masih hidup, sudah pasti jizyah akan digugurkan dari setiap orang Qibti.” [Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2293]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.