Jika muazin mula mengumandangkan azan

TEKS BAHASA ARAB

إذا أخذ المؤذن في أذانه وضع الرب فوق رأسه فلا يزال كذلك حتى يفرغ من أذانه وإنه ليغفر له مدى صوته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika muazin mula mengumandangkan azan, Tuhan akan berada di atas kepalanya. Dia akan kekal berada di atas kepala sehingga dia selesai mengumandangkan azan. Ia juga akan mengampunkan dosanya sepanjang suaranya berkumandang.

STATUS

(Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«إذا أخذ المؤذن في أذانه وضع الرب فوق رأسه فلا يزال كذلك حتى يفرغ من أذانه وإنه ليغفر له مدى صوته» فيه عمر بن صبح يضع وزيد العمي ضعيف.

“Jika muazin mula mengumandangkan azan, Tuhan akan berada di atas kepalanya. Dia akan kekal berada di atas kepala sehingga dia selesai mengumandangkan azan. Ia juga akan mengampunkan dosanya sepanjang suaranya berkumandang.”
Dalam sanad hadith ini terdapat Umar Bin Sobah. Beliau merupakan orang yang memalsukan hadith. Begitu juga terdapat Zaid al-‘Ami. Beliau adalah perawi yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs