TEKS BAHASA ARAB
لو جاءونا من ها هنا لذهبنا من ها هنا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika mereka datang kepada kita dari arah ini, kita akan lari dari arah sana.
STATUS
Tiada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1119, hadis nombor 5656. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) ذكر بعض أهل السير: أن أبا بكر لما قال وهما في الغار: لو أن أحدهم نظر إلى قدميه لأبصرنا قال النبي صلى الله عليه وسلم: لو جاءونا من ها هنا لذهبنا من ها هنا. [الضعيفة (6939)].
(Tiada asal bagi hadis ini) Sebahagian ahli sejarah menyebutkan: Ketika Abu Bakar berada dalam gua bersama Nabi SAW, beliau berkata: Jika ada antara mereka yang melihat kedua-dua kaki Baginda, pastilah mereka akan dapat melihat kita. Baginda SAW pun bersabda: Jika mereka datang kepada kita dari arah ini, kita akan lari dari arah sana. [Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6939]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.