TEKS BAHASA ARAB
إذا مات العالم انثلم في الإسلام ثلمة لا يسدها شيء إلى يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika mati seorang alim, maka runtuhlah satu bahagian dalam Islam. Ianya tidak boleh ditampung oleh apa-apa pun sehingga hari kiamat.
STATUS
Mu’dhal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«إِذَا مَاتَ الْعَالِمُ انْثَلَمَ فِي الإِسْلامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْم الْقِيَامَة» عَن عَليّ من قَوْله وَهُوَ معضل وَله شَوَاهِد مِنْهَا.
“Jika mati seorang alim, maka runtuhlah satu bahagian dalam Islam. Ianya tidak boleh ditampung oleh apa-apa pun sehingga hari kiamat.”
Ianya riwayat daripada Ali daripada sabda Nabi SAW. Ia merupakan hadis Mu’dhal. Ia mempunyai syawahid (riwayat sokongan).
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.