Jika manusia mengetahui kelebihan orang yang melakukan haji, nesacaya mereka akan datang menziarahi mereka sehingga sanggup membasuh kaki-kaki mereka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لو يعلم الناس ما للحجاج من الفضل عليهم لأتوهم حتى يغسلوا أرجلهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika manusia mengetahui kelebihan orang yang melakukan haji, manusia akan datang menziarahi mereka sehingga sanggup membasuh kaki-kaki mereka

STATUS

Sanadnya lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 109-110, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره ابن طاهر في التذكرة وقال: لم يتبين له حاله قال: ولكن فيه إسماعيل بن عياش، وهو كثير الخطإ، ولم يذكر من رواه حتى ننظر في إسناده.

Ibn Tahir menyebut di dalam kitabnya al-Tazkirah dan berkata: tidak jelas baginya keadaan perawi tersebut . Beliau berkata: Tetapi pada sanad ini terdapat Ismail bin Ayyash, beliau seorang yang banyak melakukan kesalahan, beliau tidak menyebutkan siapa yang meriwayatkan sehingga kami boleh meneliti sanadnya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs