Sanadnya lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika manusia mengetahui kelebihan orang yang melakukan haji, nesacaya mereka akan datang menziarahi mereka sehingga sanggup membasuh kaki-kaki mereka

Teks Bahasa Arab

حديث: لو يعلم الناس ما للحجاج من الفضل عليهم لأتوهم حتى يغسلوا أرجلهم.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jika manusia mengetahui kelebihan orang yang melakukan haji, manusia akan datang menziarahi mereka sehingga sanggup membasuh kaki-kaki mereka

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sanadnya lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 109-110, hadis no. 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره ابن طاهر في التذكرة وقال: لم يتبين له حاله قال: ولكن فيه إسماعيل بن عياش، وهو كثير الخطإ، ولم يذكر من رواه حتى ننظر في إسناده.

Ibn Tahir menyebut di dalam kitabnya al-Tazkirah dan berkata: tidak jelas baginya keadaan perawi tersebut . Beliau berkata: Tetapi pada sanad ini terdapat Ismail bin Ayyash, beliau seorang yang banyak melakukan kesalahan, beliau tidak menyebutkan siapa yang meriwayatkan sehingga kami boleh meneliti sanadnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.