Jika manusia menaiki kuda, dan memakai pakaian al-Qubati

TEKS BAHASA ARAB

إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika manusia menaiki kuda, dan memakai pakaian al-Qubati, dan pergi ke Syam, lalu lelaki merasa cukup dengan lelaki, wanita merasa cukup dengan wanita, maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka dari sisiNya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 812, hadis nombor 4186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس –رضي الله عنه- أنه سمع النبي -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده)).
[عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6076)].

(Palsu) Daripada Anas RA bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: Jika manusia menaiki kuda, dan memakai pakaian al-Qubati, dan pergi ke Syam, lalu lelaki merasa cukup dengan lelaki, wanita merasa cukup dengan wanita, maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka dari sisiNya.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6076]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs