Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رَكِبَ النَّاسُ الخيلَ، ولبِسوا القباطيَّ، ونزلوا الشَّامَ، واكتَفى الرِّجالُ بالرِّجالِ، والنِّساءُ بالنِّساءِ؛ عمَّهمُ اللَّهُ بعقوبةٍ مِن عندِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika manusia menaiki kuda, dan memakai pakaian al-Qubati, dan pergi ke Syam, lalu lelaki merasa cukup dengan lelaki, wanita merasa cukup dengan wanita, maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka dari sisiNya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 812, hadis no. 4186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس –رضي الله عنه- أنه سمع النبي -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6076)].
(Palsu) Daripada Anas RA bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: Jika manusia menaiki kuda, dan memakai pakaian al-Qubati, dan pergi ke Syam, lalu lelaki merasa cukup dengan lelaki, wanita merasa cukup dengan wanita, maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka dari sisiNya. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6076]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman