Jika manusia dilarang daripada menghancurkan tahi unta, pasti mereka akan menghancurkannya

TEKS BAHASA ARAB

لو منع الناس عن فت البعر لفتوه، وقالوا: ما نهينا عنه إلا وفيه شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika manusia dilarang daripada menghancurkan tahi unta, pasti mereka akan menghancurkannya. Dan mereka akan berkata: Kami tidak dilarang daripadanya melainkan terdapat padanya sesuatu.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 150, hadis nombor 256. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الإحياء. قال العراقي: لم أجده.

Ia disebutkan dalam Kitab al-Ihya’ dan al-Iraqi berkata: Aku tidak menemuinya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.