Jika manusia berselisih faham, kebaikan (dalam riwayat lain: kebenaran) ada pada puak Mudhar

TEKS BAHASA ARAB

إذا اختلف الناس، فالخير (وفي رواية: فالحق) في مضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika manusia berselisih faham, kebaikan (dalam riwayat lain: kebenaran) ada pada puak Mudhar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1808, hadis nombor 9114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن ابن عباس -رضي الله عنها- مرفوعاً: إذا اختلف الناس، فالخير (وفي رواية: فالحق) في مضَر. [ش، ابن أبي عاصم، ع، (الضعيفة)) (2203)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (diriwayatkan daripada Nabi SAW): “Jika manusia berselisih faham, kebaikan (dalam riwayat lain: kebenaran) ada pada puak Mudhar." [Riwayat Musonnaf Abi Syaibah, Ibn Abi ‘Asim, Musnad Abu Ya’la, Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no: 2203]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs