TEKS BAHASA ARAB
إذا اختلف الناس، كان ابن سميّة مع الحق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika manusia berselisih faham, anak Sumayyah akan berada dalam kebenaran.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1808, hadis nombor 9115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه- عن النبي ﷺ قال: إذا اختلف الناس، كان ابن سميّة مع الحق. [طب، ((الضعيفة))(2209)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Jika manusia berselisih faham, anak Sumayyah akan berada dalam kebenaran." [Riwayat Al-Tabarani dalm Mu’jam al-Kabir, Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2209)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.