Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika manusia berselisih faham, anak Sumayyah akan berada dalam kebenaran

Teks Bahasa Arab

إِذَا اخْتَلَفَ الناسُ كَانَ ابْنُ سُمَيَّةَ مَعَ الحَقِّ

Teks Bahasa Melayu

Jika manusia berselisih faham, anak Sumayyah akan berada dalam kebenaran.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1808, hadis no. 9115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه- عن النبي ﷺ قال: إذا اختلف الناس، كان ابن سميّة مع الحق. [طب، ((الضعيفة))(2209)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Jika manusia berselisih faham, anak Sumayyah akan berada dalam kebenaran." [Riwayat Al-Tabarani dalm al-Mu’jam al-Kabir, Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2209]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.