Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Jika makan malam sudah siap dan waktu isyak sudah masuk

Teks Bahasa Arab

إِذَا حَضَرَ الْعَشَاءُ وَالْعِشَاءُ، فابدأوا بِالْعَشَاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Jika makan malam sudah siap dan waktu isyak sudah masuk, maka mulakanlah dengan makan malam dahulu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 52, hadis no. 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي: لا أصل له في كتب الحديث بهذا اللفظ.

Al-Iraqi berkata: Tiada asalnya dalam kitab hadis dengan lafaz ini.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.