TEKS BAHASA ARAB
إذا وقع الذباب في إناء أحدكم فامقلوه ثم انقلوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila lalat jatuh ke dalam bekas salah seorang dari kamu maka benamkanlah ia kemudian pindahkan ia.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 55, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حديث إذا وقع الذباب في إناء إحدكم فامقلوه صحيح وأما فامقلوه ثم انقلوه فمصنوع وموضوع كذا في المغرب.
Hadis “Apabila lalat jatuh ke dalam bekas salah seorang dari kamu maka benamkanlah ia”. Sahih. Manakala hadis dengan lafaz: “Benamkanlah ia dan pindahkan ia” adalah hadis yang direka dan palsu. Begitu dalam al-Mughrib.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.