Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو زِدْنَا في مسجِدِنا. وأشار بيدِه إلى القِبلةِ.
Teks Bahasa Melayu
"Jika kita dapat meluaskan masjid kita ini", sambil baginda menunjukkan dengan tangan baginda ke arah kiblat.
Sahabat Perawi
- Muslim bin Khabbab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 357, hadis no. 1897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن مسلم بن خباب - رضي الله عنه - أن النبي ﷺ قال يوما وهو في مصلاه: «لو زِدْنَا في مسجِدِنا». وأشار بيدِه إلى القِبلةِ. فَلَمَّا تُوُفِّيَ ﷺ وَوَليَّ عُمَرَ بْنُ الخَطّابِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -، قَالَ: إِنَّ رَسولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ: «لِوَزِدِنا فِي مَسْجِدِنَا» فَأَجْلِسوا رَجُلًا فِي مَوْضِعِ مُصَلًّى النَّبيِّ ﷺ، ثُمَّ رَفَعُوا يَدَ الرَّجُلِ وَخَفَضُوهَا حَتَّى رَأَوْا ذَلِكَ نَحْوً مَا رَأَوْا الِنْبِي ﷺ رَفَعَ يَدِهِ ثُمَّ مَدَّ، وَوَضَعُوا طَرَفَهُ بيَدِ الرَّجُلِ ثُمَّ مُدَوه فَلَمْ يَزَالُوا يُقَدِّمُونَهُ وَيُؤَخِّرُونَهُ حَتَّى رَأَوْا أَنَّ ذَلِكَ شَبيهٌ بِمَا أَشَارَ رَسولُ اللَّهِ ﷺ مِنْ الزّيادَةِ، فَقَدَّمَ عُمَرَ القِبْلَةِ، فَكَانَ مَوْضِعَ جِدارِ عُمَرَ فِي مَوْضِعِ عِيْدَانِ المَقْصورَةِ. [ابن النجار في «تاريخ المدينة»، «الضعيفة» (974)].
(Terlalu Daif) Daripada Muslim bin Khabbab RA, bahawa Rasulullah ﷺ pada bersabda satu hari ketika baginda sedang berada di tempat solat: "Jika kita dapat meluaskan masjid kita ini", sambil baginda menunjukkan dengan tangan baginda ke arah kiblat. Setelah wafatnya baginda ﷺ dan Umar bin al-Khattab RA dilantik sebagai pemerintah, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: "Jika kita dapat meluaskan masjid kita ini". Lalu Umar mengarahkan supaya seorang lelaki duduk di tempat solat Nabi ﷺ. Kemudian, mereka mengangkat tangan lelaki tersebut dan menurunkannya, sehingga mereka lihat ia sepertimana yang telah mereka lihat Rasulullah ﷺ dahulu mengangkat tangan baginda dan menghulurkannya. Setelah itu, mereka meletakkan hujungnya di tangan lelaki tersebut kemudian mereka menghulurkannya. Mereka terus-menerus melaraskannya ke depan dan ke belakang sehingga mereka dapati bahawa ia serupa dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ berkenaan peluasan masjid. Lalu Umar menjadikan ruang kiblat lebih ke hadapan. Maka ruang dinding Umar terletak pada tempat kayu-kayu al-Maqsurah (bilik kecil berhampiran tempat imam). [Diriwayatkan oleh Ibn al-Najjar dalam Tarikh al-Madinah, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 974].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman