Jika kematian datang kepada penuntut ilmu dan dia dalam keadaan sedang menuntut ilmu, lalu dia mati maka dia merupakan seorang syahid

TEKS BAHASA ARAB

إذا جاء الموت لطالب العلم، وهو على هذه الحال، مات وهو شهيد

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kematian datang kepada penuntut ilmu dan dia dalam keadaan sedang menuntut ilmu, lalu dia mati maka dia merupakan seorang syahid.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis nombor 8688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة وأبي ذر -رضي الله عنهما- قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا جاء الموت لطالب العلم، وهو على هذه الحال، مات وهو شهيد.)) [البزار، خط، ((الضعيفة)) (2126)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA dan Abu Zar RA , mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Jika kematian datang kepada penuntut ilmu dan dia dalam keadaan sedang menuntut ilmu, lalu dia mati maka dia merupakan seorang syahid.))
[Riwayat al-Bazzar dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2126].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs